My Hotl Fish

Friday, April 8, 2011

Jagailah Orang Tua Kita

Assalamualaikum kepada smua pembaca...saya ingin menceritakan sesuatu perkara mengenai kelahiran kita.......cuba kita bayangkan seketika....kita smua telah dijadikan daripada setitik sperma..terbentuk segumpal darah diselaputi seketul daging....tulang kita dibaluti daging....jari ,tangan dan kaki kita dibentuk...dan pada umur 4 bulan dalam kandungan ,kita telah ditiupkan roh oleh Allah S.W.T...
  Terasa lama juga kita berada dalam kandungan ibu kita..selama 9 bulan ibu kita mengendong kita dalam perut..malah selepas kita lahir pun ibu kita menjaga kita...apabila kita digigit nyamuk juga ibu kita jaga kita...ibu kita tak tidur2 menjaga kita....
  Tapi, kenapa  sehingga kini ada juga yang menghantar ibu bapanya ke rumah orng tua2.....kenapa kita tidak menjaganya....sedangkan mereka yg menjaga kita dari kecil sampai ke besar....kenapa kita pentingkan pekerjaan dan abaikan tanggungjawab kita sebagai anak2......sedarlah bahawa umur ibu bapa kita tidak panjang....Sewaktu meraka ada ini,jagalah hati mereka,menghormati mereka,menyayangi mereka.....lihatlah anak2 yatim yang tidak ber ibu atau ber bapa.......pasti mereka sedih keran tidak mempunyai kasih sayang ibu bapa meraka..
  Diharapkan agar kita sedah bahawa ibu bapa kitalah yang paling penting untuk kita jagai......

Saturday, March 5, 2011

Hari Kelahiran,Hari Istimewa

Assalamualaikum kepada smua pembaca....Apa khabar ,smua sihat?Jika smua sihat alhamdulillah brsyukur kita ke hadrat Ilahi kerana telah dpanjangkan umur..
      Hari ini saya ingin brcerita tntang hari yang paling menggembirakan pada setiap tahun,iaitu hari lahir.Setiap orang mempunyai hari kelahiran tersendiri..Begitu juga saya..Tiada erti bgi hari kelahiran kita melainkan perlu dikembalikan kepada orang yang melahirkan kita iaitu ibu atau emak kita.
      Ucapan selamat hari lahir di kalangan masyarakat Muslim seharusnya  diiringi dengan doa kesyukuran.Mendoakan rakan adalah satu amalan yang mulia. Nabi sendiri sehingga ke saat ajalnya, masih teringat dan mendoakan umatnya.
      Allah akan memaqbulkan doa kita untuk rakan, dengan cara mengurniakan kandungan doa tersebut kepada kita sebagai yang berdoa terlebih dahulu sebelum dikurniakan kepada yang didoakan.Siapa yang tidak mahu diri mereka didoakan semasa hari lahir?Semua umat islam mahu dirinya didoakan semasa hari kelahiran.
     Semakin meningkat usia kita ,bermakna setahun bertambahnya kecerdikan kita, dan setahun dekatnya kita kembali kepada Allah SWT.Sewajarnya sambutan hari jadi perlu dijadikan peringatan buat diri kita, betapa semakin beratnya kita perlu menggalas amanah ilmu dan dakwah, kerana temujanji kita bertemu dengan Allah semakin dekat.Sewajarnya sambutan hari lahir perlu menjadi peringatan buat diri kita, betapa semakin beratnya kita perlu menggalas amanah ilmu dan dakwah, kerana temujanji kita bertemu dengan Allah semakin dekat.
       Terima kasih ummi, kerana 14 tahun yang lepas, ummi bersabung nyawa melahirkan saya, dalam keadaan songsang. Ummi jugalah orang pertama yang mengucapkan selamat hari lahir untuk saya. Ketahuilah ummi, bahawa bukannya saya sebagai yang dilahirkan perlu diraikan, tetapi ummilah yang patut diraikan kerana melahirkan saya. Daripada rahim emak, lahirnya tiga orang putera dan seorang puteri pewaris perjuangan nabi.
        Berakhirlah cerita saya tentang hari kelahiran..Assalamualaikum

Saturday, November 6, 2010

Pertandingan Blog

Pertandingan blog diadakan untuk pelajar - pelajar mengambil pengalaman untuk belajar membuat blog dengan lebih bagus serta mengambil peluang untuk menyertai pertandingan tersebut.Ia bertujuan agar pembaca dapat membaca dan memahami isi blog yang telah ditulis.Saya menyertai pertandingan ini kerana saya ingin belajar membuat blog dan menyertai pertandingan blog ini.Ia seronok kerana saya dapat menulis blog dengan menggunakan idea yang ada.
      Pertandingan Blog Tercantik ini diadakan selama 2 bulan manakala Pertandingan Blog Terbaik ini diadakan selama 3 bulan.Hadiahnya adalah berupa wang tunai.Bagi pertandingan Blog Tercantik,hadiahnya berupa wang tunai RM50 manakala Pertandingan Blog Terbaik ini hadiahnya berupakan wang tunai RM100.Saya ingin membuat blog mengikut peraturan. Tujuannya pertandingan ini diadakan agar pelajar-pelajar sekolah tidak membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Faedah pertandingan adalah untuk mengisi masa lapang pada waktu cuti 2 bulan dengan membuat blog.
      Penganjur pertandingan ini ialah Encik Shofian B.Shafi'i iaitu cikgu Geografi ,Sekolah Menegah Seri Samudera.Saya meminta pertolongan daripada ayah saya untuk membuat blog ini.Pertandingan ini disambut dengan baik. Terdapat 7 orang pelajar termasuk saya yang menyertai pertandingan.