My Hotl Fish

Saturday, March 5, 2011

Hari Kelahiran,Hari Istimewa

Assalamualaikum kepada smua pembaca....Apa khabar ,smua sihat?Jika smua sihat alhamdulillah brsyukur kita ke hadrat Ilahi kerana telah dpanjangkan umur..
      Hari ini saya ingin brcerita tntang hari yang paling menggembirakan pada setiap tahun,iaitu hari lahir.Setiap orang mempunyai hari kelahiran tersendiri..Begitu juga saya..Tiada erti bgi hari kelahiran kita melainkan perlu dikembalikan kepada orang yang melahirkan kita iaitu ibu atau emak kita.
      Ucapan selamat hari lahir di kalangan masyarakat Muslim seharusnya  diiringi dengan doa kesyukuran.Mendoakan rakan adalah satu amalan yang mulia. Nabi sendiri sehingga ke saat ajalnya, masih teringat dan mendoakan umatnya.
      Allah akan memaqbulkan doa kita untuk rakan, dengan cara mengurniakan kandungan doa tersebut kepada kita sebagai yang berdoa terlebih dahulu sebelum dikurniakan kepada yang didoakan.Siapa yang tidak mahu diri mereka didoakan semasa hari lahir?Semua umat islam mahu dirinya didoakan semasa hari kelahiran.
     Semakin meningkat usia kita ,bermakna setahun bertambahnya kecerdikan kita, dan setahun dekatnya kita kembali kepada Allah SWT.Sewajarnya sambutan hari jadi perlu dijadikan peringatan buat diri kita, betapa semakin beratnya kita perlu menggalas amanah ilmu dan dakwah, kerana temujanji kita bertemu dengan Allah semakin dekat.Sewajarnya sambutan hari lahir perlu menjadi peringatan buat diri kita, betapa semakin beratnya kita perlu menggalas amanah ilmu dan dakwah, kerana temujanji kita bertemu dengan Allah semakin dekat.
       Terima kasih ummi, kerana 14 tahun yang lepas, ummi bersabung nyawa melahirkan saya, dalam keadaan songsang. Ummi jugalah orang pertama yang mengucapkan selamat hari lahir untuk saya. Ketahuilah ummi, bahawa bukannya saya sebagai yang dilahirkan perlu diraikan, tetapi ummilah yang patut diraikan kerana melahirkan saya. Daripada rahim emak, lahirnya tiga orang putera dan seorang puteri pewaris perjuangan nabi.
        Berakhirlah cerita saya tentang hari kelahiran..Assalamualaikum