My Hotl Fish

Saturday, November 6, 2010

Pertandingan Blog

Pertandingan blog diadakan untuk pelajar - pelajar mengambil pengalaman untuk belajar membuat blog dengan lebih bagus serta mengambil peluang untuk menyertai pertandingan tersebut.Ia bertujuan agar pembaca dapat membaca dan memahami isi blog yang telah ditulis.Saya menyertai pertandingan ini kerana saya ingin belajar membuat blog dan menyertai pertandingan blog ini.Ia seronok kerana saya dapat menulis blog dengan menggunakan idea yang ada.
      Pertandingan Blog Tercantik ini diadakan selama 2 bulan manakala Pertandingan Blog Terbaik ini diadakan selama 3 bulan.Hadiahnya adalah berupa wang tunai.Bagi pertandingan Blog Tercantik,hadiahnya berupa wang tunai RM50 manakala Pertandingan Blog Terbaik ini hadiahnya berupakan wang tunai RM100.Saya ingin membuat blog mengikut peraturan. Tujuannya pertandingan ini diadakan agar pelajar-pelajar sekolah tidak membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Faedah pertandingan adalah untuk mengisi masa lapang pada waktu cuti 2 bulan dengan membuat blog.
      Penganjur pertandingan ini ialah Encik Shofian B.Shafi'i iaitu cikgu Geografi ,Sekolah Menegah Seri Samudera.Saya meminta pertolongan daripada ayah saya untuk membuat blog ini.Pertandingan ini disambut dengan baik. Terdapat 7 orang pelajar termasuk saya yang menyertai pertandingan.